Baru-baru ini (bulan lepas) I dengan kakak I pergi trip sama-sama dekat Langkawi. Pergi just 3hari 2malam. I would say that the trip was okay. Happy. I tak rasa betul-betul happy sebab ini adalah kali pertama kitaorang pergi tanpa mak dengan ayah di sisi (ayat sadis la konon. padahal memang rancang nak pergi berdua je)
I (the main planner was my sis) pergi Langkawi tu naik AirAsia je. Setelah memikirkan faktor masa yang diambil kalau ikut darat, kami berdua bercadang naik flight as the time taken would be so long and involved many other aspects i.e duit minyak, siapa yang nak bawa kereta dll. Fortunately, I beli tiket masa AirAsia tengah buat promosi 20% off. Jadi tiket kami satu kepala tak lebih dari RM150 (kalau tak silap la).
Then, kami pun terbang la bulan Oktober lepas. Oh! I baru ingat tujuan utama trip ni. Sebab kakak I kata nak sambut 'birthday' dia kat Langkawi (mewahnya dengar). So, sampai-sampai je kat airport tu, kami terus book kereta sewa untuk 3hari. Jumaat-Ahad. Harga RM100. Proton Saga Manual. At the same time, kami tempah juga untuk aktiviti 'Island Hopping' esoknya. RM35/seorang. Itu pun sebenarnya sebab I tarik muka kata mahalnya. Harga asal yang dia tulis RM50. I kata kat kakak I kita cari tempat lain la sebab I ada research sebelum ni yang harga dia RM35 je. Abang kat kaunter tu pun alih-alih kata OK. hihi
Kami bermalam di Sweet Inn Motel. Motel ni di Pantai Cenang. Kteorang turun je lepas tu jalan kaki sikit, lintas jalan, terus nampak laut. Ni website untuk motel tu: http://sweetinns.net/
Boleh la tengok-tengok kalau berminat. Mungkin I akan rate 3stars untuk motel ni. (Motel ye..bukan Hotel) Lepas dah check in semua, petang tu kitaorang keluar nak tengok sunset.


Subhanallah, memang cantik!

Malam tu kami makan kat kedai ala-ala warung tepi jalan. Yang I rasa agak awesomenya ialah masa I pergi situ, I perasan ada 3 meja mat salleh 'conquer'. Satu meja ini memang makan ramai-ramai. Order nasi putih dengan lauk-pauk. Lagi satu pula, I tengok diorang tengah minum teh tarik sambil tunggu makanan dengan muka yang ketat sebab lama tunggu. Lagi satu meja pula, old couple pun tengah tunggu makanan sampai. My sis and I just took away our food and ate it in our room. Selesai makan, solat jama', lepas tu buka TV sambil baring-baring. Bincang esok nak pergi mana dengan peta di tangan (dapat free masa kat airport). Finally.. TIDUR..!
Esok paginya, kami makan sarapan. Tempat tu dah sediakan. Kakak I tak sempat habis makan, van tour guide pun datang jemput pergi jeti untuk aktiviti Island Hopping. Hehe.