Salam Shillang..morning!
wow..dah lama tak tulis kat sini.rasa macam banyak gila nk cerita.
I'll start with July till November 2009. In this period of time, I was still in my first semester. I just want to highlight what I had endure. Perkara yang paling i tak dapat nak lupa ialah Ust. Lutfi. Memang nightmare la kalau dia ajar! Aku punya cara belajar, aku tak suka orang yang suka push2 ni. Memang la jadi lagi tak paham apa yang nak diajarkan. Dan ust ni pula memang la suka push budak2. Tension teramat la aku asal ada kelas dia je. Time kelas dia je, ust suka suruh kita orang semua duduk dekat dengan dia kalau boleh. Maksud dekat tu bukan la dekat yang negatif. Tu aku tak kisah la. Time subjek dia je, berpusu2 la budak2 bi nak duduk depan. Ok..itu biasa je. Saja cerita. Intro..hahaha.

So, kita terus masuk kemuncak dia. Ust ni kalau tanya soalan dekat orang suka la buat muka psycho. Aku yang mula2 rasa yakin nak jawab terus jadi speechless. Tadikan aku dah cakap yang kalau orang ajar yang suka push2 ni aku tak paham. Lama-lama tu buat aku lagi la tak faham apa yang dia ajar. Aku benci nak mengaku. Tapi ust ni la yang buat aku nangis sebelum aku tidur. Mula2 tu aku memang la respect je. Tapi nilai respect aku tu jatuh terus bila dia selalu tak masuk kelas tutorial kumpulan aku. Selalu sangat pula tu. Ingat kita orang suka sangat la tunggu dia. Bila nak call tanya kelas ada ke tak, dia tak angkat pula telefon dia..! Geram yang teramat la aku masa tu. But in the end of the lecture, he apologised for every single mistake he ever made. So I don't want to hold any grudge against him, I forgive him (but still remember what he did).
Ok la. Kita tutup pasal ust tu. Kita masuk ust favourite aku. Ustaz Nasir..! hahaha.Teringat ke ust buat aku nak gelak la. Ust ni ajar Bahasa Arab. Dia ni suka bercerita juga at the same time. First time I met him..memang la ingat die agak 'lembut'. Tapi dah lama2 tu rasa die normal pula. Aku ingat masa first time kelas, dia dah mula dengan tazkirah. Aku tak kisah pun tazkirah2 ni sebab aku pun suka juga. Dia tanya pasal apa tujuan kita hidup or apa matlamat antum dalam hidup ni. Budak2 kelas aku cakap la macam2. Nak jadi lawyer la and so on.. Alih2 ust bantai. Itu sebenarnya yang buat kita tak boleh nak cemerlang tu. Matlamat atau niat yang asal dah lari dari apa yang Allah suruh. (Lebih kurang la apa yang dia cakap)
Ust terangkan lagi yang dalam Al-Quran surah adz Dzariat ayat 56:
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku"

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku"

Haa..tu la sebenarnya jawapan dia.hehe. Overall memang tip-top la ust..! Lagi satu, dari ust punya kelas la 'cinta madu' dengan Luke aku mula. Between Aku-Najmi-Mira.hahaha. Memang lawak habis la. Seingat aku la, aku yang mula dulu cakap pasal madu ni. Boleh pula ust ingat. Luke yang kena sebab time ni memang aku ada suka sikit la kat dia. Aku selit la nama dia.hahaha. Sorry Luke..! Takpe..sekarang aku dah tak suka langsung kat ko. Jangan risau la
Next topic pula. Semester ni juga la aku start rapat dengan Mira sampai la sekarang. Aku rapat dengan dia sebab masa semester satu, dia dengan aku je yang dari budak tamhidi Group5 yang sama bila masuk degree ni. Kita orang jadi Group4. Aku memang suka la kawan dengan Mira sebab dia memang 'tulus dan telus'.hahaha. Mira suka lepaskan apa yang dia rasa. Takde la nak selindung apa2. Aku pula jenis straightforward..sesuai la gabungan kita orang berdua.
Apa lagi ye nak cerita..hmm memamanah. Semester ni la aku belajar memanah juga. Hari Rabu. Hari ni je la yang aku boleh lepak2 dengan sofia and tirah sekali. Mira pun ada juga. Memanah ni bagi ak best juga. Tapi ak still ada rasa fobia sikit bila nak lepas kan 'bow' tu sebab tali dia boleh buat lebam tu tangan..! Jadi hitam tangan kesan lebam. Dia tak berdarah luar. Berdarah dalam la. Rindu la nak memanah lagi. At least lepas ni kalau ada orang tanya tahu memanah tak..aku boleh jawab: boleh la sikit2. Takdela hebat. :) Waktu kelas memanah ni juga la aku kenal dengan Alau.hahaha. Alau comey la.
Lastly, the most highlighted event is I got Dean's List for my exam. My pointer is 3.78. Alhamdulillah.. Syukran Jazilan ya Allah..! Kesimpulan yang aku dapat buat ialah bila belajar ni kerana Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa tolong kita. Kawan pun memainkan peranan yang penting sebenarnya. Aku tengok sofia semangat, aku pun jadi semangat..! Pastu jangan ada hard-feeling la dengan lecturer(s) because unfortunately for ust Lutfi's subject, I got C. Don't push me too hard ust.. I cannot focus. Apa2 pun, terima kasih untuk semua yang mengajar aku dalam sem ni. Peace..
Apa lagi ye nak cerita..hmm memamanah. Semester ni la aku belajar memanah juga. Hari Rabu. Hari ni je la yang aku boleh lepak2 dengan sofia and tirah sekali. Mira pun ada juga. Memanah ni bagi ak best juga. Tapi ak still ada rasa fobia sikit bila nak lepas kan 'bow' tu sebab tali dia boleh buat lebam tu tangan..! Jadi hitam tangan kesan lebam. Dia tak berdarah luar. Berdarah dalam la. Rindu la nak memanah lagi. At least lepas ni kalau ada orang tanya tahu memanah tak..aku boleh jawab: boleh la sikit2. Takdela hebat. :) Waktu kelas memanah ni juga la aku kenal dengan Alau.hahaha. Alau comey la.Lastly, the most highlighted event is I got Dean's List for my exam. My pointer is 3.78. Alhamdulillah.. Syukran Jazilan ya Allah..! Kesimpulan yang aku dapat buat ialah bila belajar ni kerana Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa tolong kita. Kawan pun memainkan peranan yang penting sebenarnya. Aku tengok sofia semangat, aku pun jadi semangat..! Pastu jangan ada hard-feeling la dengan lecturer(s) because unfortunately for ust Lutfi's subject, I got C. Don't push me too hard ust.. I cannot focus. Apa2 pun, terima kasih untuk semua yang mengajar aku dalam sem ni. Peace..
Jaa Shillang. I'll always love shillang 4ever..
Salam

No comments:
Post a Comment